Alhamdulillah Ziyad Property Consultants Melaka Sdn Bhd telah menerima anugerah Bumiputera Business Excellent Awards 2023 bagi kategori Profesional & Real Estate Management .
Pengiktirafan ini telah membuktikan Ziyad Property Consultants Melaka Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaya saing dan kompetetif dalam bidang hartanah.
Semoga dengan pengiktirafan ini dapat memberikan lebih lagi kepercayaan dan keyakinan pada ramai lagi bakal-bakal client dan prospek di luar sana.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan kejayaan pengurusan semata mata tetapi adalah kejayaan milik kita bersama dengan seluruh team yang ada sehingga hari ini dan masih yakin untuk berjuang bersama kami.
Tahniah di atas usaha kita semua memperkenalkan firma ini pada ramai orang di luar sana beserta kejayaan kejayaan yang telah dicapai oleh team serta pengurusan Ziyad Melaka sendiri dan telah membuktikan kejayaan ini adalah hasil usaha team work yang telah terdidik di dalam budaya Ziyad Melaka itu sendiri.
Terima kasih pada semua yg tetap terus yakin dengan Ziyad Melaka dan terus menjaga nama baik serta reputasi firma ini di luar sana.
Semoga kita mampu terbang tinggi lagi.
Tahniah diucapkan.