PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program Bubur Lambuk tahun 2025 pada hari selasa lepas telah berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa, dan bahan untuk menjayakan program ini.
Tidak lupa juga kepada semua staf Ziyad, staf DCI, serta ahli keluarga yang turut serta dalam gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan menjadi amalan yang diterima oleh Allah SWT, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat.
Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.













